
Friday, 25 January 2013
Trip Rasmi PMC Ke Tasik Banding
Semua orang tentu mempunyai cadangan dan pandangan tersendiri untuk membuat sambutan "Hari Keluarga".. Bagi kelab Pasir Mas Caster(PMC), kami memilih Tasik Banding, Grik, Perak untuk membuat sambutan "Hari Keluarga".. Ianya telah berlangsung pada 14-15/09/2012. Apa yang lebih mengujakan, trip kali ini telah disertai sendiri oleh penaung kelab kami iaitu Y.M Tengku Sufrizal.. Walaupun hasil pada trip kali ini kurang memberangsangkan, namun ikatan tali persaudaraan yang utuh antara kami jelas kelihatan.. diharapkan agar ianya akan menjadi lebih baik pada masa-masa akan datang...





Sunday, 20 January 2013
Handmade Crazy Jump Frog
Fenomena Jump Frog dari pertama kali diperkenalkan pada tahun 2011 yang hanya dikhaskan untuk mengilat ikan air tawar iaitu spesis Snake Head, hingga kini masih lagi mendapat tempat dihati pengemar-pengemar spesis tersebut. Akan tetapi, ekoran dari harganya dipasaran yang boleh dikatakan agak tinggi, tercetus idea dari segelintir pengemar snake head untuk cuba mereka@membuat sendiri Jump Frog ini. Gamba-gambar dibawah adalah hasil kerja kreatif dari salah seorang ahli PMC yang membuat sendiri Jump Frog untuk kegunaan beliau sendiri pada asalnya. Tetapi secara tidak langsung, beliau juga mendapat tempahan dari pengemar-pengemar Jump Frog lain samaada dari tangan ke tangan ataupun melalui atas talian@on-line ekoran dari keberkesanan hasil kerja tangan beliau.











.jpg)

















