Sunday, 18 December 2011

Langkah-langkah 'Tangkap, Foto, Lepas'.

Bagi Casters, 'Tangkap, Foto, Lepas' adalah satu amalan yang selalu diamalkan tetapi adakah kita tahu langkah-langkah yang betul semasa mengendalikan ikan yang ditangkap, semasa mengambil foto dan ketika hendak dilepaskan supaya ianya tidak mengakibatkan kecederaan dan kematian kepada ikan tersebut. Berikut adalah langkah-langkah yang betul semasa mengendalikan proses-proses tersebut.

1. Pastikan anda menggunakan 'Lips Grip' semasa memegang ikan tetapi adalah lebih baik jika menggunakan Penyauk supaya mulut ikan tidak cedera. Pegang bawah perut ikan untuk mengelakkan kecederaan pada ikan.

2. Ikan mestilah ditatang dibahagian perut semasa sesi mengambil foto. Ini untuk mengelakkan ikan dari mengalami kecedaraan tulang belakang yang boleh mengakibatkan kematian ikan.

3. Pastikan ikan yang didaratkan diletakkan ditempat yang selamat supaya ikan tidak cedera. Seboleh-bolehnya letaklah ditempat yang berumput atau lembut dan elakkan dari diletakkan ditempat yang berpermukaan keras seperti di kawasan yang berbatu kerana dibimbangi akan menyebabkan ikan luka dan merosakkan sisik ikan. Jika hal ini berlaku ikan tersebut mungkin akan menjadi mangsa kepada ikan-ikan lain apabila dilepaskan ke habitatnya semula.

4. Tutup bahagian kepala terutama mata ikan dengan kain basah. Ini adalah untuk menenangkan ikan tersebut supaya tidak meronta semasa proses mencabut lure dari mulut ikan. Sebaik-baiknya gunalah alat yang sesuai seperti 'Playar' semasa mencabut mata kail dari mulut ikan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

5. Cuba seminima masa yang boleh semasa ikan didaratan, semakin lama ikan didarat semakin tipis peluang untuknya untuk hidup.

6. Semasa hendak melepaskan ikan, biarkan ia seketika didalam air, pastikan ikan betul-betul aktif barulah lepaskan grip. Ini adalah untuk memastikan ikan betul-betul cergas sebelum dilepaskan.
 Jadikan 'Tangkap, Foto, Lepas' amalan kita demi generasi yang akan datang. T.kasih kepada sdr Amer Glyder kerana mengajukan persoalan ini di FB juga kpd sdr PM Caster atas tips yg sgt berguna. ~admin~

No comments:

Post a Comment