Selamat datang ke Blog rasmi P.M Caster (PMC). PMC telah ditubuhkan hasil cetusan idea saudara Yusri (Timb. Presiden PMC) pada 10/10/2010. Di awal penubuhan, kelab ini hanya disertai oleh 10 orang ahli tetapi setelah berusia setahun jumlahnya telah meningkat kepada 40 orang. Berpusat di Kedai Pancing En. Bakhari yang juga Presiden PMC yang terletak di bandar Pasir Mas, kini kedai tersebut bukan sahaja sebagai tempat untuk para pemancing membeli peralatan memancing tapi juga sebagai tempat ahli-ahli PMC mengadakan perjumpaan untuk bertukar-tukar pendapat, nasihat dan tunjuk-ajar dalam bidang memancing. Ahli-ahli PMC terdiri dari golongan yang masih baru hingga yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang memancing ini.

Sunday 16 March 2014

PMC LIGHT JIGGING 2014


Borang penyertaan boleh di muat turun di sini
https://www.dropbox.com/s/q5e7bap75f2dmuw/Borang%20penyertaan.pdf

1. Borang penyertaan yang telah lengkap di isi hendaklah diserahkan di Kedai Pancing Bakhari Trading Pasir Mas bersama-sama yuran penyertaan ATAU,
2. email ke pmcaster11@gmail.com bersama-sama slip pembayaran.