Selamat datang ke Blog rasmi P.M Caster (PMC). PMC telah ditubuhkan hasil cetusan idea saudara Yusri (Timb. Presiden PMC) pada 10/10/2010. Di awal penubuhan, kelab ini hanya disertai oleh 10 orang ahli tetapi setelah berusia setahun jumlahnya telah meningkat kepada 40 orang. Berpusat di Kedai Pancing En. Bakhari yang juga Presiden PMC yang terletak di bandar Pasir Mas, kini kedai tersebut bukan sahaja sebagai tempat untuk para pemancing membeli peralatan memancing tapi juga sebagai tempat ahli-ahli PMC mengadakan perjumpaan untuk bertukar-tukar pendapat, nasihat dan tunjuk-ajar dalam bidang memancing. Ahli-ahli PMC terdiri dari golongan yang masih baru hingga yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang memancing ini.

Thursday 22 December 2011

PMC TERBAIK - JUARA BATTLE OF THE CASTERS 2011

Battle Of The Casters 2011 yang telah diadakan baru-baru ini di Tasik Kenyir telah menobatkan Team PMC selaku juara dan sekali gus sebagai Casters terbaik 2011. Merangkul juara dan tempat ke-3 secara keseluruhan, Team PMC bukanlah calang-calang pasukan yang mudah untuk ditewaskan. Dalam cabaran kali ini, Team PMC telah diperkuatkan oleh 8 Professional Casters yang terdiri dari, Tuan Penaung iaitu Pak Ku, Tuan Presiden (Abe Yie), Timb. Presiden (Mr. Yusri), Mr. Zainal, Mr. Yo, Abe Li, Mr. Azizi dan Mr. Mie. Jutaan terima kasih kepada sponsor iaitu ZEREK kerana sudi menaja baju untuk Team PMC dan juga hadiah-hadiah kepada para pemenang.


Hari Pertama: 

Team PMC memulakan perjalanan dari Kota Bharu ke Tasik Kenyir yang mengambil masa selama 3 jam. Alhamdulillah, tiba di Tasik Kenyir tepat pada masa yang dirancang dengan perjalanan yang lancar. Setelah selesai bersarapan pagi, para peserta diwajibkan mendaftar di check point yang telah ditetapkan iaitu di Gate Jenagor. Tepat jam 11 pagi, para peserta memulakan perjalanan dengan Houseboat ke lokasi pertandingan yang memakan masa lebih kurang 4 jam. 
 Para peserta berkumpul di Houseboat sebelum bertolak ke lokasi pertandingan.

Antara 'senjata-senjata' yang bakal digunakan dalam cabaran kali ini.

Sekitar jam 3 petang, para peserta telah selamat tiba di lokasi pertandingan dan memandangkan hari sudah lewat petang, hanya sesi memanas badan yang dilangsungkan pada hari pertama pertandingan. Menggunakan lure yang ditaja oleh ZEREK, Team PMC telah berjaya mendapatkan beberapa 'strike'. Walaupun tidak mendapat sebarang hasil, namun ianya satu permulaan yang baik bagi Team PMC. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ZEREK INNOVATION kerana sudi menaja lure dan baju untuk Team PMC pada cabaran kali ini.

Team PMC memulakan cabaran sambil menikmati keindahan alam ciptaanNya.

Menuju ke lokasi cabaran dengan semangat membara.

Antara lubuk yang terdapat di Tasik Kenyir yang menjadi igauan para peserta.

Hari Ke-2 :

Hari kedua bermula seawal 7 pagi. Selepas sarapan pagi, Team PMC memulakan cabaran untuk menjejaki lubuk-lubuk yang sedia menanti kunjungan para peserta. Team PMC dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan Kaloi, Hero Tamil, Ryogi dan Puspa. 

Menyusuri tasik dalam kedinginan pagi amat menyegarkan minda. 
                                                                                Tenang dan mendamaikan. 
                                                                                Hanya kedengaran suara penghuni-penghuni
                                                                             hutan yang memecah kesunyian.


Sampai saja di lubuk yang berpotensi, tanpa membuang masa, Team PMC memulakan cabaran dengan begitu bersemangat. Misi hari ini adalah untuk mendapatkan poin sebanyak yang boleh. Waktu pagi adalah waktu yang sesuai untuk menduga lubuk kerana pada waktu ini ikan galak mencari makan. Memang tidak dapat dinafikan lubuk-lubuk disini amat menguji kecekapan skil masing-masing jadi tidak hairanlah mengapa Tasik Kenyir begitu terkenal dikalangan kaki-kaki pancing dari seluruh dunia.

Pak Ku dan Abe Yie sedang beraksi.
 
 


Ikan pertama berjaya di cast oleh Abe Yie..walaupun tidak sebesar yang diharapkan tetapi sudah cukup membuatkan hati si pemancing gembira.
Kumpulan lain dah beraksi tapi bagi kumpulan Hero Tamil dan Ryogi,
mereka masih lagi santai sambil makan-makan. Hero tak lorat...
 
 
Lain pula ceritanya dengan kumpulan Kaloi, mereka telah berjaya mendaratkan spesis yang dicari iaitu Sebarau. Syabas!!..poin pertama bagi Team PMC.


Ikan yang berjaya ditangkap, diukur, diambil foto dan dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Memandangkan hari sudah lewat petang, Team PMC memutuskan cabaran untuk hari kedua berakhir. Walapun tidak mendapat hasil yang memberangsangkan tetapi Team PMC bertekad untuk mencari lubuk-lubuk yang lebih berpontensi pada cabaran hari ketiga keesokkannya. 


Hari Ke-3:

Cabaran hari ketiga yang juga hari terakhir pertandingan BOTC 2011 diteruskan lagi dengan Team PMC sekali lagi akan menduga lubuk-lubuk yang terdapat di Tasik Kenyir ini. Dengan semangat yang berkobar-kobar, Team PMC telah bertekad untuk mendapatkan poin sebanyak mungkin untuk menjadi juara dalam cabaran kali ini. Setelah bersarapan pagi dengan meggi goreng, Team PMC turun dengan satu azam yang tinggi demi menjulang nama PMC dan sekaligus untuk dinobatkan sebagai Casters Of The Year 2011.

Seawal 7 pagi lagi Team PMC mula berpecah untuk ke lubuk masing-masing diketuai oleh kumpulan Hero Tamil.

 
Sampai saja di lubuk pilihan, masing-masing tanpa membuang masa terus beraksi untuk menambah poin bagi mencapai matlamat untuk menjuarai BOTC 2011 pada kali ini.

Tanpa menunggu masa yang lama, gewang milik Yusri dan Azizi dari kumpulan Ryogi telah dibaham oleh baby toman. Walaupun kecil namun cabaran hari ketiga nampaknya membuahkan hasil.




Nampaknya kumpulan dari Hero Tamil juga tidak mahu ketinggalan dalam mengumpul poin..mereka juga berjaya mendaratkan spesis yang diidamkan iaitu Sebarau.
















Setelah berjaya menjinakkan sebarau pada hari kedua, kecemerlangan  kumpulan Kaloi diteruskan lagi dengan kali ini mereka telah berjaya menewaskan Sebarau yang lebih besar.












Berehat sekejap untuk makan tengahari sebelum meneruskan cabaran pada sebelah petang.
























Sesi sebelah petang menyaksikan dua ekor Toman berjaya didaratkan oleh Abe Li dan Zainal.









 Tinggal separuh.. Dikatakan sebarau ni telah dibaham toman semasa bertarung dengan pemancing.







              Pulun habis.. Kerakusan seekor sebarau
              menelan gewang.












Hari ketiga cabaran berakhir dengan beberapa ekor sebarau dan toman telah berjaya didaratkan oleh Team PMC.


Hari ke-4:

Cabaran pada hari keempat merupakan kemuncak dalam pertandingan ini. Dinamakan Cabaran Royal Rumble, hanya lure daripada ZEREK INNOVATION sahaja dibenarkan dalam cabaran yang hanya berlangsung selama 3 jam sahaja. Dalam cabaran ini juga, setiap peserta hendaklah mempertaruhkan satu lure berjenama ZEREK dan lure-lure tersebut akan menjadi habuan bagi peserta yang dapat menaikkan ikan yang paling berat. Pada cabaran ini, Team PMC tidak bernasib baik kerana telah ditewaskan oleh peserta dari KLC yang telah berjaya menaikkan seekor toman seberat 4.8kg.





Peserta dari KLC menerima lure-lure yang dipertaruhkan dalam cabaran Royal Rumble selepas memenangi cabaran ini.












Salah seorang peserta dari Team PMC iaitu Yusri telah berjaya menaikkan seekor sebarau dalam cabaran Royal Rumble tetapi masih belum cukup untuk menewaskan peserta dari KLC.







Gewang dari ZEREK yang berjaya menjerat sebarau.












Selesai sahaja cabaran Royal Rumble, acara penyampaian hadiah telah dilangsungkan tepat jam 11 pagi.












Hadiah-hadiah yang telah disediakan kepada para pemenang.







Kumpulan Kaloi dari Team PMC telah berjaya menjadi juara keseluruhan dalam cabaran BOTC 2011 pada kali ini dan sekali gus telah dinobatkan sebagai Casters Of The Year 2011. SYABAS!!










Tempat ketiga telah berjaya disandang oleh kumpulan Hero Tamil juga dari Team PMC. SYABAS!!












Sesi bergambar kenang-kenangan bersama wakil dari ZEREK dan peserta-peserta dari PMC dan KLC.


Sekalung tahniah kepada Team PMC kerana telah menjuarai BOTC 2011 dan jutaan terima kasih kepada ZEREK INNOVATION diatas tajaan yang telah disumbangkan, juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan BOTC pada kali ini. Jumpa lagi pada cabaran-cabaran yang akan datang. Tahniah untuk semua. ~admin~

Sunday 18 December 2011

Langkah-langkah 'Tangkap, Foto, Lepas'.

Bagi Casters, 'Tangkap, Foto, Lepas' adalah satu amalan yang selalu diamalkan tetapi adakah kita tahu langkah-langkah yang betul semasa mengendalikan ikan yang ditangkap, semasa mengambil foto dan ketika hendak dilepaskan supaya ianya tidak mengakibatkan kecederaan dan kematian kepada ikan tersebut. Berikut adalah langkah-langkah yang betul semasa mengendalikan proses-proses tersebut.

1. Pastikan anda menggunakan 'Lips Grip' semasa memegang ikan tetapi adalah lebih baik jika menggunakan Penyauk supaya mulut ikan tidak cedera. Pegang bawah perut ikan untuk mengelakkan kecederaan pada ikan.

2. Ikan mestilah ditatang dibahagian perut semasa sesi mengambil foto. Ini untuk mengelakkan ikan dari mengalami kecedaraan tulang belakang yang boleh mengakibatkan kematian ikan.

3. Pastikan ikan yang didaratkan diletakkan ditempat yang selamat supaya ikan tidak cedera. Seboleh-bolehnya letaklah ditempat yang berumput atau lembut dan elakkan dari diletakkan ditempat yang berpermukaan keras seperti di kawasan yang berbatu kerana dibimbangi akan menyebabkan ikan luka dan merosakkan sisik ikan. Jika hal ini berlaku ikan tersebut mungkin akan menjadi mangsa kepada ikan-ikan lain apabila dilepaskan ke habitatnya semula.

4. Tutup bahagian kepala terutama mata ikan dengan kain basah. Ini adalah untuk menenangkan ikan tersebut supaya tidak meronta semasa proses mencabut lure dari mulut ikan. Sebaik-baiknya gunalah alat yang sesuai seperti 'Playar' semasa mencabut mata kail dari mulut ikan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

5. Cuba seminima masa yang boleh semasa ikan didaratan, semakin lama ikan didarat semakin tipis peluang untuknya untuk hidup.

6. Semasa hendak melepaskan ikan, biarkan ia seketika didalam air, pastikan ikan betul-betul aktif barulah lepaskan grip. Ini adalah untuk memastikan ikan betul-betul cergas sebelum dilepaskan.
 Jadikan 'Tangkap, Foto, Lepas' amalan kita demi generasi yang akan datang. T.kasih kepada sdr Amer Glyder kerana mengajukan persoalan ini di FB juga kpd sdr PM Caster atas tips yg sgt berguna. ~admin~

Tuesday 29 November 2011

Battle Of The Casters 2011


Bertempat di Tasik Kenyir, Terengganu, PMC & KLC (Kuantan Lure Caster) akan berentap untuk dinobatkan sebagai Caster Of The Year 2011. Pertandingan ini diadakan sebagai penutup untuk cabaran bagi tahun ini yang akan disertai oleh Professional's Caster dari Kelantan dan Pahang. 8 orang  wakil dari PMC yang akan menyahut cabaran ini yang akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 3 hingga 6 Disember 2011. Nantikan berita tentang pertandingan ini pada ulasan yang akan datang. Tunggguuuuuuuu.. ~admin PMC~

Thursday 24 November 2011

Pergau oh Pergau

Nama Tasik Pergau sudah tidak asing lagi bagi pemancing-pemancing di Malaysia terutamanya bagi yang suka menduga lubuk-lubuk sebarau dan toman. Tasik Pergau adalah sebuah Taman Santuari yang mesti diperlihara dan dilindungi dari anasir-anasir yang boleh merosakkan keindahannya. Baru-baru ini Team PMC telah mengunjungi Taman Santuari ini bagi meninjau keadaan tasik sambil menduga lubuk-lubuk yang terdapat disini.

Panorama indah yang menjanjikan ketenangan


Antara lubuk yang menjadi igauan kaki-kaki pancing

Indah tp dicemari oleh deretan pukat-pukat yang direntang

Antara faktor yang boleh menyumbang kepada kepupusan ikan

Terdapat juga pukat-pukat yang lama dibiarkan begitu saja yang mengancam ikan-ikan disini


Adalah tidak mustahil untuk mendapatkan ikan-ikan bersaiz ini amat sukar jika aktiviti-aktiviti yang boleh mengancam hidupan-hidupan ini seperti memukat tidak dibendung dari berluasa dan diambil tindakan sewajarnya.


Jadi peliharalah khazanah kita demi generasi yang akan datang..kita tidak mahu Tasik Pergau hanya tinggal nama.. ~admin PMC~