Hari Pertama:
Team PMC memulakan perjalanan dari Kota Bharu ke Tasik Kenyir yang mengambil masa selama 3 jam. Alhamdulillah, tiba di Tasik Kenyir tepat pada masa yang dirancang dengan perjalanan yang lancar. Setelah selesai bersarapan pagi, para peserta diwajibkan mendaftar di check point yang telah ditetapkan iaitu di Gate Jenagor. Tepat jam 11 pagi, para peserta memulakan perjalanan dengan Houseboat ke lokasi pertandingan yang memakan masa lebih kurang 4 jam.
Para peserta berkumpul di Houseboat sebelum bertolak ke lokasi pertandingan.
Antara 'senjata-senjata' yang bakal digunakan dalam cabaran kali ini.
Sekitar jam 3 petang, para peserta telah selamat tiba di lokasi pertandingan dan memandangkan hari sudah lewat petang, hanya sesi memanas badan yang dilangsungkan pada hari pertama pertandingan. Menggunakan lure yang ditaja oleh ZEREK, Team PMC telah berjaya mendapatkan beberapa 'strike'. Walaupun tidak mendapat sebarang hasil, namun ianya satu permulaan yang baik bagi Team PMC. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ZEREK INNOVATION kerana sudi menaja lure dan baju untuk Team PMC pada cabaran kali ini.
Team PMC memulakan cabaran sambil menikmati keindahan alam ciptaanNya.
Menuju ke lokasi cabaran dengan semangat membara.
Antara lubuk yang terdapat di Tasik Kenyir yang menjadi igauan para peserta.
Hari Ke-2 :
Hari kedua bermula seawal 7 pagi. Selepas sarapan pagi, Team PMC memulakan cabaran untuk menjejaki lubuk-lubuk yang sedia menanti kunjungan para peserta. Team PMC dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan Kaloi, Hero Tamil, Ryogi dan Puspa.
Tenang dan mendamaikan.
Hanya kedengaran suara penghuni-penghuni
hutan yang memecah kesunyian.
Sampai saja di lubuk yang berpotensi, tanpa membuang masa, Team PMC memulakan cabaran dengan begitu bersemangat. Misi hari ini adalah untuk mendapatkan poin sebanyak yang boleh. Waktu pagi adalah waktu yang sesuai untuk menduga lubuk kerana pada waktu ini ikan galak mencari makan. Memang tidak dapat dinafikan lubuk-lubuk disini amat menguji kecekapan skil masing-masing jadi tidak hairanlah mengapa Tasik Kenyir begitu terkenal dikalangan kaki-kaki pancing dari seluruh dunia.
Pak Ku dan Abe Yie sedang beraksi.
Ikan pertama berjaya di cast oleh Abe Yie..walaupun tidak sebesar yang diharapkan tetapi sudah cukup membuatkan hati si pemancing gembira.
Kumpulan lain dah beraksi tapi bagi kumpulan Hero Tamil dan Ryogi,
mereka masih lagi santai sambil makan-makan. Hero tak lorat...
Lain pula ceritanya dengan kumpulan Kaloi, mereka telah berjaya mendaratkan spesis yang dicari iaitu Sebarau. Syabas!!..poin pertama bagi Team PMC.
Ikan yang berjaya ditangkap, diukur, diambil foto dan dilepaskan semula ke habitat asalnya.
Memandangkan hari sudah lewat petang, Team PMC memutuskan cabaran untuk hari kedua berakhir. Walapun tidak mendapat hasil yang memberangsangkan tetapi Team PMC bertekad untuk mencari lubuk-lubuk yang lebih berpontensi pada cabaran hari ketiga keesokkannya.
Hari Ke-3:
Cabaran hari ketiga yang juga hari terakhir pertandingan BOTC 2011 diteruskan lagi dengan Team PMC sekali lagi akan menduga lubuk-lubuk yang terdapat di Tasik Kenyir ini. Dengan semangat yang berkobar-kobar, Team PMC telah bertekad untuk mendapatkan poin sebanyak mungkin untuk menjadi juara dalam cabaran kali ini. Setelah bersarapan pagi dengan meggi goreng, Team PMC turun dengan satu azam yang tinggi demi menjulang nama PMC dan sekaligus untuk dinobatkan sebagai Casters Of The Year 2011.
Seawal 7 pagi lagi Team PMC mula berpecah untuk ke lubuk masing-masing diketuai oleh kumpulan Hero Tamil.
Sampai saja di lubuk pilihan, masing-masing tanpa membuang masa terus beraksi untuk menambah poin bagi mencapai matlamat untuk menjuarai BOTC 2011 pada kali ini.
Tanpa menunggu masa yang lama, gewang milik Yusri dan Azizi dari kumpulan Ryogi telah dibaham oleh baby toman. Walaupun kecil namun cabaran hari ketiga nampaknya membuahkan hasil.
Nampaknya kumpulan dari Hero Tamil juga tidak mahu ketinggalan dalam mengumpul poin..mereka juga berjaya mendaratkan spesis yang diidamkan iaitu Sebarau.
Setelah berjaya menjinakkan sebarau pada hari kedua, kecemerlangan kumpulan Kaloi diteruskan lagi dengan kali ini mereka telah berjaya menewaskan Sebarau yang lebih besar.
Berehat sekejap untuk makan tengahari sebelum meneruskan cabaran pada sebelah petang.
Sesi sebelah petang menyaksikan dua ekor Toman berjaya didaratkan oleh Abe Li dan Zainal.
Tinggal separuh.. Dikatakan sebarau ni telah dibaham toman semasa bertarung dengan pemancing.
Pulun habis.. Kerakusan seekor sebarau
menelan gewang.
Hari ketiga cabaran berakhir dengan beberapa ekor sebarau dan toman telah berjaya didaratkan oleh Team PMC.
Hari ke-4:
Cabaran pada hari keempat merupakan kemuncak dalam pertandingan ini. Dinamakan Cabaran Royal Rumble, hanya lure daripada ZEREK INNOVATION sahaja dibenarkan dalam cabaran yang hanya berlangsung selama 3 jam sahaja. Dalam cabaran ini juga, setiap peserta hendaklah mempertaruhkan satu lure berjenama ZEREK dan lure-lure tersebut akan menjadi habuan bagi peserta yang dapat menaikkan ikan yang paling berat. Pada cabaran ini, Team PMC tidak bernasib baik kerana telah ditewaskan oleh peserta dari KLC yang telah berjaya menaikkan seekor toman seberat 4.8kg.
Peserta dari KLC menerima lure-lure yang dipertaruhkan dalam cabaran Royal Rumble selepas memenangi cabaran ini.
Salah seorang peserta dari Team PMC iaitu Yusri telah berjaya menaikkan seekor sebarau dalam cabaran Royal Rumble tetapi masih belum cukup untuk menewaskan peserta dari KLC.
Gewang dari ZEREK yang berjaya menjerat sebarau.
Selesai sahaja cabaran Royal Rumble, acara penyampaian hadiah telah dilangsungkan tepat jam 11 pagi.
Hadiah-hadiah yang telah disediakan kepada para pemenang.
Kumpulan Kaloi dari Team PMC telah berjaya menjadi juara keseluruhan dalam cabaran BOTC 2011 pada kali ini dan sekali gus telah dinobatkan sebagai Casters Of The Year 2011. SYABAS!!
Tempat ketiga telah berjaya disandang oleh kumpulan Hero Tamil juga dari Team PMC. SYABAS!!

Sesi bergambar kenang-kenangan bersama wakil dari ZEREK dan peserta-peserta dari PMC dan KLC.
Sekalung tahniah kepada Team PMC kerana telah menjuarai BOTC 2011 dan jutaan terima kasih kepada ZEREK INNOVATION diatas tajaan yang telah disumbangkan, juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan BOTC pada kali ini. Jumpa lagi pada cabaran-cabaran yang akan datang. Tahniah untuk semua. ~admin~
No comments:
Post a Comment