Selamat datang ke Blog rasmi P.M Caster (PMC). PMC telah ditubuhkan hasil cetusan idea saudara Yusri (Timb. Presiden PMC) pada 10/10/2010. Di awal penubuhan, kelab ini hanya disertai oleh 10 orang ahli tetapi setelah berusia setahun jumlahnya telah meningkat kepada 40 orang. Berpusat di Kedai Pancing En. Bakhari yang juga Presiden PMC yang terletak di bandar Pasir Mas, kini kedai tersebut bukan sahaja sebagai tempat untuk para pemancing membeli peralatan memancing tapi juga sebagai tempat ahli-ahli PMC mengadakan perjumpaan untuk bertukar-tukar pendapat, nasihat dan tunjuk-ajar dalam bidang memancing. Ahli-ahli PMC terdiri dari golongan yang masih baru hingga yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang memancing ini.

Thursday, 19 January 2012

MALAYSIA GAME FISHING ANGLERS (MGFA) FISHING SEMINAR 2012


PMC dengan kerjasama Malaysia Game Fishing Anglers (MGFA) akan menganjurkan MGFA Fishing Seminar 2012 yang akan diadakan pada 17 Mac 2012 bertempat di Dewan Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pemancing-pemancing tentang aspek-aspek keselamatan semasa memancing, tips-tips casting, teknik pancingan laut disamping cara-cara mengambil gambar dengan betul khususnya untuk dimasukkan ke dalam majalah. Pada seminar ini juga pihak MGFA akan turut mempromosi produk-produk terbaru keluaran mereka kepada pemancing. Apa yang diharapkan agar seminar ini dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu dan faedah kepada para peserta.

Yuran penyertaan : RM15 seorang.
(Setiap peserta yang mendaftar akan mendapat hadiah misteri dari pihak MGFA).

Bayaran penyertaan boleh lah dibayar terus kepada wakil-wakil PMC yang dilantik iaitu :

1. Zainal - 0199359600
2. Amer - 0139174865
3. Khairul Anwar - 0199835131
4. Aba -
5. Zizie -  0139519555
6. Kedai Pancing Mohd Bakhari Pasir Mas

atau ONLINE ke akaun-akaun berikut:

1. Maybank - 153038903555 (Mohamed Bakhari Yaacob - 0199123939)
2. CIMB - 03110027783523 (Khairul Anwar Hasan - 0199835131)

PENTING!! SILA SIMPAN SLIP / RESIT PEMBAYARAN BAGI TUJUAN PENGESAHAN PADA HARI SEMINAR.
Tarikh tutup penyertaan pada 10-03-2012. 
(Peserta diminta datang awal pada hari seminar untuk proses pendaftaran yang akan bermula pada pukul 7.00pg hingga 8.30pg). 


Atas permintaan ramai, tarikh tutup pendaftaran telah dilanjutkan sehingga 17/3/2012 iaitu pada hari seminar.

Acara-acara yang bakal diadakan:
1. Tutorial oleh tutor-tutor tersohor.
2. Pertandingan casting (membaling gewang dengan tepat) dan cabutan bertuah.
3. Pameran barangan-barangan pancing.



Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

019-9359600 (Zainal)
013-9519555 (Zizie)

Aturcara Majlis

7.00 - 8.30pg            Sesi pendaftaran peserta
8.30 - 9.00pg            Ucapan alu-aluan dari Pengerusi
9.00 - 10.00pg          Majlis Perasmian
10.00 - 10.30pg        Minum Pagi
10.30 - 1.00tgh         Tutorial 1 oleh Mr. Tom X
                               (Tajuk: Pengenalan MGFA, produk-produk MGFA dan teknik-teknik Casting)
1.00 - 2.00ptg           Solat / Makan Tengahari
2.00 - 3.30ptg           Tutorial 2 oleh En. Masduki Mohd Morni  
                               (Tajuk: Definasi Pancing Rekreasi)
3.30 - 5.00ptg           Tutorial 3 oleh YM. Tunku Sufrizal Tunku Yusoff
                               (Tajuk: Aspek keselamatan semasa memancing, teknik mengambil foto utk majalah
                                dan teknik pancingan laut)
5.00 - 5.15ptg            Minum petang
5.15 - 6.00ptg            Acara pertandingan casting (membaling gewang dengan tepat) oleh sdr. Moh Seng
                                dan cabutan bertuah serta majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.
6.00ptg                     TAMAT.

Antara topik-topik menarik yang akan dikongsikan seperti :
  • Pengisian ilmu Casting (APA, BILA, DIMANA dan MENGAPA perlu memilih Rod, Kekili, Gewang dan Tali yang bersesuaian).
  • Aspek keselamatan semasa memancing.
  • Gaya dan teknik Casting.
  • Tips-tips untuk memburu ikan-ikan seperti Siakap (putih & merah), Sebarau, Toman dan lain-lain.
  • Bagaimana untuk mengenal pasti, membaca dan menganalisa keadaan tempat ikan seperti suhu air, cuaca, pasang surut air dan persekitarannya.
  • Teknik-teknik semasa berlawan dengan ikan.
  • Teknik pancingan laut seperti Jigging, Trolling, Popping dan sebagainya.
 **Tertakluk kepada perubahan.

2 comments:

  1. xdop laporan ko event baru2 nie.. xdan nk g sbb simbung ngan bekwoh worih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum!

    Terlebih dahulu,saya mengucapkan Jutaan TERIMAKASIH buat warga PMC,kerana sudi menjemput saya ke Seminar Memancing Anjuran PMC dengan kerjasama MGFA.

    Dan bagi saya , ianya amat berjaya meski pun buat julung kali diadakan.

    Insya ALLAH saya sedia datang lagi sekiranya ada jemputan dari WARGA PMC.
    Terimakasih.

    ReplyDelete