Selamat datang ke Blog rasmi P.M Caster (PMC). PMC telah ditubuhkan hasil cetusan idea saudara Yusri (Timb. Presiden PMC) pada 10/10/2010. Di awal penubuhan, kelab ini hanya disertai oleh 10 orang ahli tetapi setelah berusia setahun jumlahnya telah meningkat kepada 40 orang. Berpusat di Kedai Pancing En. Bakhari yang juga Presiden PMC yang terletak di bandar Pasir Mas, kini kedai tersebut bukan sahaja sebagai tempat untuk para pemancing membeli peralatan memancing tapi juga sebagai tempat ahli-ahli PMC mengadakan perjumpaan untuk bertukar-tukar pendapat, nasihat dan tunjuk-ajar dalam bidang memancing. Ahli-ahli PMC terdiri dari golongan yang masih baru hingga yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang memancing ini.

Wednesday 21 August 2013

PERTANDINGAN LIGHT JIGGING PMC 2013

Jigging adalah satu teknik pancingan moden yang menggunakan 'Jig" iaitu umpan tiruan yang diperbuat daripada timah yang dibentuk menyerupai anak-anak ikan untuk menarik pemangsa.Terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna. Jig-jig ini mampu untuk menarik perhatian ikan-ikan besar dan kecil dari pelbagai spesis antaranya Ebek, Tenggiri, Kerapu, Senangin dan lain-lain lagi.




Antara bentuk, saiz dan warna Jig yang terdapat dipasaran.








Melihat perkembangan pancingan moden ini yang semakin menggalakan, PMC telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu pertandingan yang berkonsepkan 'Light Jigging'. Satu lokasi telah dipilih iaitu di Pantai Baru Melawi, Bachok yang mana ramai penduduknya terdiri daripada nelayan. Bot-bot yang telah tersedia memudahkan lagi penganjuran pertandingan ini dibantu dengan sifat peramah dan kesediaan penduduk dan pemilik-pemilik bot untuk menyewa bot-bot mereka serta menjadi tekong semasa pertandingan berlangsung.

Peserta-peserta Pertandingan Light Jig PMC 2013

Pertandingan kali ini adalah terbuka untuk ahli-ahli dan rakan-rakan terdekat PMC sahaja kerana penganjuran kali ini adalah bersifat untuk melihat sejauh mana penerimaan orang ramai terhadap teknik pancingan jigging ini dan juga untuk mengenal pasti sebarang bentuk kelemahan penganjuran sebelum ianya diadakan dalam skala yang lebih besar. Pertandingan kali ini telah mendapat tajaan dari Senses Fishing (South East Asia) yang telah menyumbang hadiah-hadiah yang berupa rod, jig serta alatan-alatan pancing yang lain.

Ketibaan para peserta

















Seramai 33 orang peserta telah menyertai pertandingan pada kali ini yang menggunakan 11 buah bot fiber. Setiap bot akan dinaiki oleh 1 kumpulan yang terdiri dari 3 orang peserta dan seorang tekong. 

Urusetia pertandingan.
Proses pendaftaran peserta.

Selepas sesi pendaftaran, pertandingan dimulakan tepat jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. Hanya 5 jam diperuntukkan untuk para peserta mencuba nasib. Lokasi pancingan hanya terletak 8km sahaja dari pantai iaitu di kawasan tukun darat.



Para peserta bersedia menunggu Marsyal pertandingan untuk memulakan acara.













 Bot-bot menuju ke tukun darat yang terletak hanya 8km dari pantai.


Acara membakar ikan.
Penduduk kampung yang peramah.

Sementara menunggu para peserta mengharungi cabaran di laut, pihak PMC telah menyediakan sedikit juadah iaitu ikan bakar untuk ahli-ahli dan juga penduduk kampung. Kami amat terharu dengan penerimaan penduduk setempat dengan kehadiran kami walaupun ini adalah baru pertama kali kami datang dan mengadakan aktiviti dikampung mereka, sifat peramah dan kerjasama mereka amat-amat kami hargai.



Disebabkan peserta yang kebanyakannya terdiri dari muka-muka baru dalam aktiviti jigging ini, mereka telah diberi cabaran yang sengit oleh spesis-spesis ikan berkategori A sehinggakan ada kes joran patah dan sebagainya. Ianya memberikan kegembiraan dan secara tidak langsung meracuni pemancing-pemancing baru untuk terus berkecimpung dengan lebih giat lagi dalam arena jigging ini.

Ebek mendominasi hasil tangkapan.
Tenggiri juga tidak terlepas dari menjadi mangsa Jig Senses Candy Saury.
Lebih dari 30 ekor ebek berjaya didaratkan.






















Kumpulan Bayie yang pertama tiba bersama hasil tangkapan mereka.
Setelah menanti hampir 5 jam, tepat jam 1 petang, kumpulan pertama sampai adalah dari Kumpulan Bayie. Salah seorang dari kumpulan ini iaitu JoeLoomis telah dinobatkan sebagai juara kerana berjaya mendaratkan ebek seberat 3.38kg sekaligus menewaskan pencabar-pencabar yang lain.


Sebahagian dari hasil tangkapan.
Antara hasil tangkapan yang dipamerkan.
Sebanyak 30 ekor ebek, 4 ekor tenggiri dan 2 ekor talang telah berjaya didaratkan selepas pertandingan berakhir. Ianya satu keputusan yang mengembirakan bagi pihak penganjur kerana walaupun ramai
dikalangan pemancing adalah dari pendatang baru, namum mereka telah berjaya memperolehi hasil tangkapan dalam jumlah yang amat membanggakan. Tahniah kepada semua pemancing.



Para peserta dan penduduk kampung sabar menunggu keputusan.




















Ikan-ikan yang berjaya didaratkan akan ditimbang dan diukur untuk menentukan pemenang. Untuk kali ini, tempat pertama hingga ke tiga telah berjaya didominasikan oleh ikan dari spesis ebek.




Acara penyampaian hadiah tajaan Senses Fishing (South East Asia) telah disempurnakan oleh YM. Tunku Sufrizal Tunku Yusoff selaku Penaung PMC dan Presiden PMC, En. Mohamed Bakhari Yaacob.

Juara - JoeLoomis, ke-2 - Nor Saufi dan ke-3 - Mat K.
YM. Tunku menyampaikan hadiah kepada tekong terbaik.
Sumbangan turut diberikan kepada wakil penduduk.
Penaung PMC menyampaikan hadiah kepada pemenang.















Salah seorang pemenang cabutan bertuah.























Penaung, Presiden dan Timb. Presiden PMC bersama wakil penduduk dan tekong-tekong bot.
Secara keseluruhannya, PMC amat berpuas hati dengan kelancaran pertandingan yang julung kali diadakan ini dan berharap dengan pengalaman ini, PMC akan dapat menganjurkan pertandingan yang seumpama ini dalam skala yang  lebih besar lagi dengan sasaran jumlah peserta yang lebih ramai dan hadiah-hadiah yang lebih menarik pada masa yang akan datang. PMC juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk kampung yang sudi memberi kerjasama dalam menjayakan pertandingan ini, juga kepada ahli-ahli yang terlibat dan para peserta, tidak ketinggalan juga kepada Senses Fishing (South East Asia) yang telah sudi menjadi penaja pada event kali ini. Terima kasih kepada semua. Semoga berjumpa lagi pada event-event yang akan datang. ~wasalam~

No comments:

Post a Comment