Selamat datang ke Blog rasmi P.M Caster (PMC). PMC telah ditubuhkan hasil cetusan idea saudara Yusri (Timb. Presiden PMC) pada 10/10/2010. Di awal penubuhan, kelab ini hanya disertai oleh 10 orang ahli tetapi setelah berusia setahun jumlahnya telah meningkat kepada 40 orang. Berpusat di Kedai Pancing En. Bakhari yang juga Presiden PMC yang terletak di bandar Pasir Mas, kini kedai tersebut bukan sahaja sebagai tempat untuk para pemancing membeli peralatan memancing tapi juga sebagai tempat ahli-ahli PMC mengadakan perjumpaan untuk bertukar-tukar pendapat, nasihat dan tunjuk-ajar dalam bidang memancing. Ahli-ahli PMC terdiri dari golongan yang masih baru hingga yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang memancing ini.

Thursday 17 November 2011

Battle Caster

Pada 21 Oct. 2011, PMC telah menganjurkan satu pertandingan "Battle Caster" diantara ahli-ahli PMC yang telah diadakan di Taman Galeri Tengku Anis. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturahim diantara ahli. Seramai 40 orang telah menyertai pertandingan ini yang telah dirasmikan oleh Major Ismail dari ONAG. Jutaan terima kasih kepada Major Ismail dan rakan-rakan dari ONAG, Sponsor-sponsor terutama Kedai Pancing En. Bakhari dan juga ahli-ahli PMC yang telah menjayakan program ini.

Group Photo hari pertandingan

Urusetia pertandingan sibuk dgn proses pendaftaran..t.kasih en. zainal

Antara peserta yg bertanding

Major Ismail & rakan-rakan dari ONAG

Tuan Presiden membacakan doa sebelum pertandingan dimulakan

Antara hadiah2 yg menanti para pemenang utk cabaran kali ini

Peserta memulakan cabaran

Juara utk cabaran kali ini dimenangi oleh saudara en. mat

Tahniah semua. Jumpa lagi di cabaran yg akan datang. -admin PMC-

No comments:

Post a Comment