Selamat datang ke Blog rasmi P.M Caster (PMC). PMC telah ditubuhkan hasil cetusan idea saudara Yusri (Timb. Presiden PMC) pada 10/10/2010. Di awal penubuhan, kelab ini hanya disertai oleh 10 orang ahli tetapi setelah berusia setahun jumlahnya telah meningkat kepada 40 orang. Berpusat di Kedai Pancing En. Bakhari yang juga Presiden PMC yang terletak di bandar Pasir Mas, kini kedai tersebut bukan sahaja sebagai tempat untuk para pemancing membeli peralatan memancing tapi juga sebagai tempat ahli-ahli PMC mengadakan perjumpaan untuk bertukar-tukar pendapat, nasihat dan tunjuk-ajar dalam bidang memancing. Ahli-ahli PMC terdiri dari golongan yang masih baru hingga yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang memancing ini.

Friday 30 March 2012

PERIKANAN REKREASI - DIMANA POSISI KITA?

Apakah dia Perikanan Rekreasi?
Perikanan Rekreasi bermaksud semua aktiviti menangkap ikan atau haiwan akuatik yang dilakukan bukan untuk tujuan komersil. (Commision of the European Communities (CEC))

Sejauh mana 'Jualan' dalam perikanan rekreasi dibenarkan?
  • Tidak melibatkan jualan hasil tangkapan. (National Oceanic and Atmospheric Administration)
  • Tidak diniat untuk tujuan komersil - cth; menangkap dan menjual hasil tangkapan untuk menyara hidup, walaupun sebahagian. (European Anglers Alliance) atau
  • Jika sebahagian tangkapan dijual, hasilnya tidak menyumbang kepada peningkatan pendapatan seseorang secara jelas. (National Marine Fisheries Service (NMFA), USA
Ahli Perikanan Rekreasi
Semua aktiviti menangkap ikan?..adakah mereka yang bukan pemancing juga adalah ahli dalam perikanan rekreasi?
  • Ya..asal sahaja mereka menangkap ikan bukan untuk komersil, mereka adalah ahli dalam perikanan rekreasi.
  • Mereka mungkin memukat, menjala, memasang bubu, menimba, menyuluh, mengutip siput/kerang-kerangan, dsb.
  • Namum mereka tergolong dalam kumpulan "Nelayan Rekrasi' yang majoritinya (hampir semua) adalah 'Household Fishermen'
Bagaimana pula dengan aktiviti menangkap ikan yang terlarang?
  • Perikanan rekreasi adalah tertakluk sepenuhnya dibawah undang-undang perikanan sesebuah negara.
  • Mereka yang menangkap ikan menggunakan kaedah yang dilarang atau diharamkan walaupun bukan untuk tujuan komersil adalah bukan ahli perikanan rekreasi. Mereka adalah 'PENJENAYAH'.

Aktiviti mengebom ikan


Menuba





Menggunakan eletrik

Apakah pula Pancing Rekreasi?
Menangkap ikan menggunakan tali dan mata kail (sama ada menggunakan joran atau hand-held line) yang bukan untuk tujuan komersil.
  • Tangkapan mungkin dilepaskan semula atau disimpan untuk kegunaan serta merta sendiri atau lingkungan sosial tetapi tidak dijual atau ditukar kepada barangan lain.
  • Didorong oleh faktor-faktor seperti cabaran, pencapaian, sukan, riadah, hiburan, aktiviti sosial melibatkan air, dsb.
  • Melibatkan pemancing, kedai perkakasan, pengilang perkakasan, pembekal umpan, pemilik bot sewa, pembuat bot, pembekal tali, operator marin, media pancing, agen pelancongan dan perbagai bentuk perniagaan dan organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pancing rekreasi.







 Mereka adalah sebahagian dari pemancing rekreasi.

  



  


Apakah perbezaan antara pancing rekreasi (recretional angling) dengan sukan memancing (sport fishing)?
  • Sukan memancing adalah satu bentuk pancing rekreasi yang lebih mengutamakan cabaran untuk mendapat dan menangkap ikan berbanding keenakkan isi dan harga ikan di pasaran - mensasarkan game fish.
  • Secara mutlak menggunakan joran dan kekili - untuk cabaran maksimun.
  • Lebih bersifat kesukanan, berorentasikan pertandingan dan melibatkan aspek teknikal yang kompleks. 
 




 


 



Mereka adalah pemancing sukan (sport fishing) 


Falsafah Perikanan Rekreasi
Beberapa takrifan perikanan rekreasi ditentukan berdasarkan kaedah dan perkakasan yang digunakan, sebahagian yang lain pula menumpukan kepada aspek tujuan. Apapun, perikanan rekreasi adalah tentang:
  • Menangkap ikan untuk bergembira
  • Menangkap ikan dengan tujuan berhibur, bersantai dan berseronok, melebihi keperluan untuk dijadikan makanan atau produk-produk lain.
  • Menangkap ikan untuk kepuasan hati dan bebas dari unsur 'terpaksa'. 


...apa yang penting adalah keseronokkan semasa memancing.


Perikanan Rekreasi vs. Perikanan Komersil
Kewujudan, nilai dan kemampuan Industri Perikanan Komersil bergantung kepada ikan dan nilainya di pasaran sebaliknya Industri Perikanan Rekreasi bergantung kepada pemancing dan perbelanjaan mereka.

Nilai industri perikanan rekreasi terletak ditangan anda iaitu pemancing.
  
Industri Perikanan Rekreasi di Eropah
Jumlah perbelanjaan pemancing rekreasi diseluruh Eropah memcecah 25 billion setahun (2005).
  • 8-10 billion disumbangkan oleh pemamcing laut (8-10 juta orang).
Secara perbandingan nilai dagangan perikanan komersil di 25 negara anggota EU adalah sekitar 26 billion (hanya 1 billion mengatasi perikanan rekreasi).

16% dari rakyat US (>34 juta orang) adalah pemancing.
  • 28.4 juta adalah pemancing air tawar dan 9.1 juta adalah pemancing laut.
Puratanya setiap pemancing memperuntukkan 16 hari dan membelanjakan $1,046 setahun untuk memancing.
Umumnya, 2/3 perbelanjaan adalah untuk trip memancing dan selebihnya untuk perkakasan.
Pancing rekreasi menyediakan lebih 1 juta peluang pekerjaan sepenuh masa dan menyumbang sebanyak $116 billion kepada ekonomi US pada tahun 2004. (American Sportfishing Association, 2005)
Jumlah perbelanjaan pemancing rekreasi seluruh dunia dianggarkan $2.5 trillion (ASA, 2005)

Potensi Industri Perikanan Rekreasi di Malaysia

Dianggarkan terdapat 2 juta pemancing rekreasi di Malaysia (PeMM, 2005) dan meningkat sekitar 2.2 juta pada 2010. Jika seorang berbelanja sekitar RM1,000 setahun, pendapatan yang mampu diraih adalah RM2.2 billion.
  • 23% dari hasil keseluruhan perikanan komersil (RM9.5b), hampir menyamai sumbangan akuakultur (RM2.8b) dan mengatasi perikanan laut dalam (RM1.3b).
Berdasarkan anggaran pulangan, perikanan rekreasi adalah merupakan satu industri altenatif bagi mengembalikan potensi / nilai sumber-sumber perikanan yang telah mencecah MSY (Maximum Sustainable Yeild).

Namun AWAS!!..pemancing rekreasi yang tidak terdidik mampu menjadi liabiliti kepada sumber perikanan sedia ada, apatah lagi bilangan mereka (2.2 juta) melebihi jumlah nelayan (129,622).
 
Apa yang patut pemancing rekreasi lakukan?
Amalkan 10 Etika Memancing untuk Rekreasi.

1. Sokong segala usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber.
  • Tanpa pengurusan sumber yang bagus, tiada tempat untuk memancing dan tiada ikan untuk dipancing.
  • Patuhi undang-undang.
  • Kurangkan penerokaan lubuk-lubuk baru.
  









 
2. Amalkan tangkapan terpilih.
  • Jangan ambil ikan melebihi keperluan.
  • Pilih yang bersaiz majoriti sekadar untuk dimakan, lepaskan selebihnya.
  • Lepaskan ikan besar untuk menjaga warisan genetik.
  • Lepaskan ikan induk untuk membiak.
  • Amalkan kaedah yang betul dalam C&R.
  • Fahami bahawa ikan adalah spesis yang sangat rapuh.

Tangkap dan lepas wajib dijadikan amalan bagi setiap pemancing rekreasi.

Ikan-ikan terancam di Malaysia.
  • Air tawar : Kelisa, Temoleh, Toman Bunga (Jaloi, Jalai, Keradang), Jengkua, Kelah (kecuali di Taman Negara), Jelawat liar, Patin liar spt. Patin muncung, Kenderap, Gerahak, Sikang.
  • Air masin : Semua ikan berparuh spt. Layaran (Sailfish) dan Mersuji (Marlin), ikan Yu besar, Kerapu bara (Coral trout).




3. Jangan mencemar atau merosakkan.
  • Lupuskan sampah, tali, umpan dan perkakas pancing lain dengan sempurna; recycle jika mampu.
  • Pencemaran merosakkan habitat ikan dan menjadikan persekitaran kurang menyeronokkan,
  • Sedikit pencemaran mampu mencetus perbezaan yang besar.








4. Utamakan keselamatan semasa memancing dan belayar.
  • INGAT kita bukan nelayan.
  • Pertimbangkan keselamatan pemancing lain disekeliling dan juga diri sendiri.
  • Jangan biarkan orang lain bimbang sedangkan kita berseronok.
 





 










 5. Patuhi undang-undang memancing dan pengendalian bot.
  • Percaya bahawa peraturan adalah untuk keselamatan kita dan untuk memastikan kesejahteraan sumber.
 6. Hormati hak pemancing lain.
  • Jangan menganggu keselesaan pemancing lain.
  • Sentiasa menjaga nilai persahabatan.
  • Hormati barangan milik pemancing lain.
  • Jika hak dihormati, memancing akan menjadi lebih seronok.
7. Hormati hak pemilik properti.
  • Termasuk nelayan.
  • Jangan menceroboh.
  • Mohon kebenaran, jika perlu.
  • Kawasan memancing biasanya ditutup bila hak milik persendirian tidak dihormati.
  • Imej pemancing terletak ditangan setiap pemancing.
  

 8. Sentiasa berkongsi pengetahuan dan kemahiran.
  • Membantu pemancing lain menjadikan anda pemancing yang lebih baik.
  • Lebih keseronokkan untuk semua orang.
  • Belajar dan tingkatkan skill.
  • Bersedia menjadi pelabur.



9. Elakkan dari menjadi egen penyebar spesis asing. (flora/fauna)
  • Biodiversiti aturan tuhan adalah paling sempurna.
  • Berhati-hati menggunakan umpan hidup dari spesis yang tidak wujud dalam sistem semulajadi kawasan pancingan.







Spesis asing di perairan negara.
  • Cichlids : Flower horns, Peacock bass, Jaguar cichlids, Kerapu lonbong, semua jenis dari keluarga Tilapia.
  • Kap : Kap rumput, Leekoh, Carp kepala besar, Silver carp, Rohu.
  • Catfish : keli afrika dan Russian catfish.
  • Lain-lain spesis : Pacu, Lampan jawa, ikan bandaraya.
10. Tonjolkan nilai rekreasi dalam memancing.
  • Ingat, banyak keseronokkan lain dalam memancing selain menangkap banyak ikan.
  • Nikmati keindahan persekitaran.
  • Hubungan persahabatan / kekeluargaan.
  • Rasai keseronokkan mengharungi cabaran memancing.



Senario Sukan Memancing di Malaysia.
  • Sukan memancing berkembang tetapi kemudahan sokongan tidak dibangunkan (jeti, bot rams, kawasan pancingan, kawasan perkhemahan, dll.).
  • Kelemahan dalam aspek pengurusan (latihan dan komitmen dari kerajaan).
  • Kekurangan maklumat, kesedaran, kajian dan data.
  • Tiada garis panduan yang sempurna.
  • Tiada operator dan agen profesional untuk memberi khidmat kepada pemancing.
  • Terlalu banyak birokrasi (lesen dan permit).
  • Tiada kesedaran tentang potensi industri pancing rekreasi.




Petikan dari artikel En. Masduki Mohd Morni, Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu. ~admin~

2 comments: