Selamat datang ke Blog rasmi P.M Caster (PMC). PMC telah ditubuhkan hasil cetusan idea saudara Yusri (Timb. Presiden PMC) pada 10/10/2010. Di awal penubuhan, kelab ini hanya disertai oleh 10 orang ahli tetapi setelah berusia setahun jumlahnya telah meningkat kepada 40 orang. Berpusat di Kedai Pancing En. Bakhari yang juga Presiden PMC yang terletak di bandar Pasir Mas, kini kedai tersebut bukan sahaja sebagai tempat untuk para pemancing membeli peralatan memancing tapi juga sebagai tempat ahli-ahli PMC mengadakan perjumpaan untuk bertukar-tukar pendapat, nasihat dan tunjuk-ajar dalam bidang memancing. Ahli-ahli PMC terdiri dari golongan yang masih baru hingga yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang memancing ini.

Thursday 10 May 2012

MISI MEMBURU PEACOCK BASS


Peacock Bass atau nama sainstifiknya Cichla Occelaris adalah berasal dari beberapa negara seperti Amerika Selatan, Guana, Venezuela, Peru, Brazil, Colombia dan sekitarnya. Ikan ini mempunyai sifat yang sangat agresif dan daya lawan yang tinggi. Ia juga tersenarai sebagai salah satu spesis 'game fish' yang menjadi buruan para pemancing. Di negara kita, ia boleh ditemui di kawasan tasik, lombong tinggal, kolam tadahan banjir dan kawasan berair bersih lain. Mula ditemui di sekitar Perak, Lembah Kelang dan kini telah merebak ke tempat-tempat lain di sekitar semenanjung. Ianya dipercayai telah dibawa masuk oleh sesetengah pihak yang bertujuan untuk merancakkan lagi sukan memancing di negara kita. Ikan ini bersifat pemangsa dan kewilayahan terutamanya dengan spesisnya sendiri. Ketika kecil, ia sangat sensitif dengan kualiti air dan pemakanan tetapi apabila telah mencapai panjang lebih 10 inci, ia mula menjadi ikan yang sangat agresif. Ikan ini mampu hidup selama 10 hingga 15 tahun dan boleh mencapai panjang sehingga 36 inci. Diet utamanya adalah anak ikan, anak udang, cacing tanah dan benda hidup. Bentuk badan ikan ini amat unik dimana ia mempunyai bentuk kepala yang berbonjol dan warna badan yang berwarna-warni. Dibahagian badan, ia berwarna kuning kehijauan dan mempunyai tompokan hitam dibahagian badan dan ekor. Berwarna kemerahan pada bahagian sirip bawah badan dan kehitaman pada bahagian ekor dan sirip atas badan. Ia juga mempunyai mulut yang besar serta sisik yang halus. Bagi ikan jantan dewasa, ia akan ditumbuhi bonggol dibahagian atas kepala apabila matang tetapi tidak bagi betina. Dalam habitat liar, ia mampu bertelur sehingga 10,000 biji telur dalam sarangnya yang berbentuk seperti kawah bulat yang digali di kawasan tebing yang berlumpur ketika musim hujan. Setelah menetas, anak ikan ini akan dijaga oleh induk sehinggalah ia berusia 4 minggu. Ikan ini mampu membiak dengan cepat dan secara tidak langsung akan merosakkan dan menggangu ekosistem hidupan akuatik lain. Kini, hampir kesemua tasik dan lombong tinggal didominasi oleh spesis pendatang ini.

Pada 27/4/2012 yang lalu, PMC bersama ProCaster Team dari Perak telah mengadakan satu trip ke Clearwater Santuary Golf Resort, Perak untuk satu misi memburu ikan pendatang iaitu spesis Peacock Bass. Seramai 25 orang telah menyertai trip pada kali ini termasuklah sdr. moh seng & rakan dari Kedah. Trip ini juga adalah yang pertama kali PMC bergabung dengan ProCaster Team.

Dengan lafaz Bismillah, PMC memulakan perjalanan dari Pasir Mas pada pukul 10 malam. Perjalanan yang mengambil masa 5 jam setengah itu diiringi dengan hujan pada awalnya tetapi reda apabila kami sampai di Batu Melintang.
Berhenti rehat di Shell Batu Melintang seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Perjalanan diteruskan selepas berehat seketika walaupun rata-rata diantara kami yang keletihan tetapi dengan semangat untuk misi menjerat PB atau Peacock Bass ini menjadikan kami lebih bertenaga. Alhamdulillah dengan perjalanan yang lancar kami tiba di bumi Kuala Kangsar, Perak pada jam 3.30 pagi dan kami disambut oleh sdr. yie dan rakan-rakannya. Apa yang membuatkan kami terharu adalah kesanggupan ProCaster Team yang sanggup mengorbankan tidur mereka untuk menyambut kedatangan kami diawal-awal pagi lagi. Jutaan terima kasih kami ucapkan.
Makan roti canai kosong sambil layan bola walaupun keletihan.



Tiba di Kuala Kangsar, kami terus dibawa oleh ProCaster Team ke sebuah restoran untuk mengalas perut. Walaupun kesemua ahli PMC tampak keletihan disebabkan tidur dan rehat yang tidak mencukupi tetapi dengan semangat yang tinggi kami meneruskan lagi perjalanan ke R & R di Kuala Kangsar untuk mandi dan solat subuh.






Selepas selesai solat subuh, kami terus menuju ke Clearwater Santuary Golf Resort yang  terletak di Batu Gajah, Perak. Dengan berkeluasan lebih 450 ekar, santuary ini yang dahulunya adalah kawasan lombong bijih timah di Lembah Kinta tetapi kini telah berubah wajah menjadi sebuah padang golf dan resort yang dilengkapi dengan segala kemudahan asas dan mendamaikan bersesuaian dengan status 'one of the best golf courses in Malaysia' dan merupakan antara padang golf yang terbaik di Asia. Santuary ini juga dikelilingi oleh 9 buah tasik yang berkeluasan 350 ekar yang dahulunya lombong bijih timah tetapi kini menjadi habitat bagi spesis-spesis ikan tropika termasuklah spesis Peacock Bass.
Dua buah tasik yang dipisahkan oleh padang golf.


Gambar dari fb Clearwater Santuary.













Lebih kurang jam 7.30 pagi, kami tiba di Clearwater Santuary Golf Resort. Pertama kali menjejakkan kaki disini, rasa begitu mendamaikan dan menyegarkan apabila dikelilingi dengan flora dan fauna yang begitu indah dengan udara pagi yang segar yang mampu membuatkan rasa letih kami hilang begitu sahaja. Dengan sedikit bayaran yang dikenakan oleh pihak resort, kami terus menuju ke tasik yang pertama untuk menduga kehebatan Peacock Bass ini.
Antara team PMC sedang beraksi.
Bersiap sedia untuk menduga PB.
















Untuk cabaran pada kali ini, kami menggunakan gewang dari jenis mikro seperti Metal Jig, Soft Plastic dan bulu. Ternyata ketiga-tiga jenis gewang ini menjadi buruan Peacock Bass. Kolam 1 menjadi tumpuan pertama kami pada sesi sebelah pagi. Walaupun kurang mendapat sambutan namun ada juga sekali sekala yang sudi menyambar gewang mikro kami.

Presiden PMC juga tidak mahu ketinggalan untuk menduga PB.
Antara peserta dari team PMC.
Peserta dari team PCT.


















Disebabkan kurangnya sambutan di kolam 1, kami mengambil keputusan untuk beralih ke kolam 2. Ternyata di kolam 2, sambutan amat berbeza sekali yang mana kami telah berjaya mendaratkan beberapa ekor spesis yang dicari-cari. Walaupun kedua-dua kolam ini hanya berada sebelah menyebelah tetapi sambutan yang diberikan amat berbeza, mungkin disebabkan oleh faktor kolam 2 lebih sunyi dan jauh dari orang ramai. Berbeza di kolam 1 yang hanya menggunakan teknik pancing darat (land base), di kolam 2 ada diantara kami menggunakan bot untuk pergi lebih jauh lagi ke lubuk-lubuk yang lebih berpotensi dan berjaya mendapat hasil yang lebih baik.



Antara ikan yang dijerat dengan menggunakan mikro metal jig dan soft plastic.

Selain dari itu, ada juga yang berjaya menaikkan dengan menggunakan teknik 'poping' dan gewang dari jenis 'floating' dan 'sinking'.
Haruan juga tidak ketinggalan.
































Trip kali ini berakhir pada jam 6 petang dan seterusnya kami berangkat pulang meninggalkan bumi Perak menuju ke bumi Kelantan. Apa yang dapat pada trip kali ini adalah sesuatu yang lebih dari kepuasan memancing dan mendapat ikan yaitu hubungan  silaturrahim yang terjalin diantara kami dan juga team PCT adalah lebih besar dan bermakna. Diharap hubungan ini akan berkekalan selamanya tidak kira dimana jua kita berada baik dalam dunia memancing ataupun tidak. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada ProCaster Team diatas layanan yang baik sepanjang kami berada disana. Semoga berjumpa lagi pada trip-trip yang akan datang..Tahniah kepada semua..Pelihara Khazanah Kita.. - Wasalam ~admin~

1 comment:

  1. Terbaikkk... walaupun tidah dapat turut serta kerana perkara yang tidak dapat dielakkan, namun dari penghayatan gambar2 yang diambil, jelas terpancar keseronokkan dari riak wajah semua caster.. Ape pun, jutaan terima kasih dari pihak PMC(Pasirmas Caster) kepada PCT(ProCaster Team) diatas layanan yang sangat baik.. Semoga hubungan yang terjalin ini akan terus berkekalan hendaknye..;p

    #Tangkap,Foto Dan Lepas#
    PELIHARA KHAZANAH KITA

    ReplyDelete