Selamat datang ke Blog rasmi P.M Caster (PMC). PMC telah ditubuhkan hasil cetusan idea saudara Yusri (Timb. Presiden PMC) pada 10/10/2010. Di awal penubuhan, kelab ini hanya disertai oleh 10 orang ahli tetapi setelah berusia setahun jumlahnya telah meningkat kepada 40 orang. Berpusat di Kedai Pancing En. Bakhari yang juga Presiden PMC yang terletak di bandar Pasir Mas, kini kedai tersebut bukan sahaja sebagai tempat untuk para pemancing membeli peralatan memancing tapi juga sebagai tempat ahli-ahli PMC mengadakan perjumpaan untuk bertukar-tukar pendapat, nasihat dan tunjuk-ajar dalam bidang memancing. Ahli-ahli PMC terdiri dari golongan yang masih baru hingga yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang memancing ini.

Tuesday 26 November 2013

KELAB SUKAN REKREASI PASIR MAS CASTER (PMC)

16 Oktober 2013 merupakan tarikh keramat bagi PMC kerana dengan rasminya telah disahkan sebagai sebuah kelab yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.


2 comments:

  1. Wah! Tahniah dari kami di pancingport.blogspot. Semoga kelab ini akan sentiasa maju bersama sukan memancing. Syabas..

    ReplyDelete
  2. T.kasih shbt..sama2 lah kita memajukan sukan memancing ini..

    ReplyDelete