Selamat datang ke Blog rasmi P.M Caster (PMC). PMC telah ditubuhkan hasil cetusan idea saudara Yusri (Timb. Presiden PMC) pada 10/10/2010. Di awal penubuhan, kelab ini hanya disertai oleh 10 orang ahli tetapi setelah berusia setahun jumlahnya telah meningkat kepada 40 orang. Berpusat di Kedai Pancing En. Bakhari yang juga Presiden PMC yang terletak di bandar Pasir Mas, kini kedai tersebut bukan sahaja sebagai tempat untuk para pemancing membeli peralatan memancing tapi juga sebagai tempat ahli-ahli PMC mengadakan perjumpaan untuk bertukar-tukar pendapat, nasihat dan tunjuk-ajar dalam bidang memancing. Ahli-ahli PMC terdiri dari golongan yang masih baru hingga yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang memancing ini.

Friday, 5 September 2014

PRESIDENT CUP 2013


HARI PERTAMA


Tiba seawal pagi bagi menunggu rakan dari selatan dan utara tanahair tiba untuk memperlengkapkan peserta di jeti awam Pulau Tali Kail atau di kenali Pulau Banding. Setelah selesai sesi pandaftaran peserta sedikit taklimat diberi serta diiringi penyerahan baju dan peralatan pancing buat peserta dari beberapa syarikat penaja yang telah memberi sokongan untuk event ini, seperti MGFA, Mustad, Senses dan Boca Bearingbeserta hadiah untuk bakal pemenang. Sarapan pagi yang telah disediakan buat peserta bagi mengalas perut sebelum bertolak masuk ke Sungai Kenarong dimana tempat yang kami akan menginap selama 3 hari 2 malam. Pemilihan tiga peserta untuk membentuk satu kumpulan bagi mengisi sesebuah bot dilakukan secara muafakat dan pengundian bot beserta tekong dijalankan setelah sticker nombor bot ditampal. Sebanyak 14 buah bot disediakan dan hanya 12 bot digunakan untuk peserta manakala 2 bot lagi untuk logistik dan guide yang akan menjaga keselamatan dan makan minum buat peserta.

Kem Sungai Kenarong yang diuruskan oleh pihak Taman Negeri Royal Belum memiliki beberapa chalet dan dewan terbuka beserta lengkap dengan segala kemudahan asas seperti tandas,dapur dan kemudahan elektrik. Kesemua chalet dibuka untuk kesemua peserta, tetapi ramai yang memilih untuk tidur didewan terbuka bagi berkumpul beramai-ramai. 


Setelah menikmati hidangan tengah hari peserta mula bersiap dengan peralatan pancing dan mula berkumpul untuk menunggu pelepasan bagi memulakan pertandingan. Bot peserta mula bergerak dan berpecah ke lubuk-lubuk yang akan dibawa oleh boatman masing-masing. 

Tumpuan mengilat menjurus kepada toman kerana hari masih lagi panas dan sebarau hanya akan kembali aktif pada sebelah petang.



 











Balingan demi balingan terus dibuat untuk menduga suak-suak yang terdapat ditasik ini tetapi hanyalah sebarau dan toman juvenil yang sudi menyambar.
 











Dalam PMC President Cup saiz ukuran ikan yang layak dipertandingkan telah ditetapkan dimana hanya sebarau berukuran 30cm dan toman 45cm keatas sahaja yang layak dipertandingkan. Ikan akan dilepaskan kembali, hanya foto ukuran ikan akan dijadikan bukti beserta masa tangkapan, ianya tepat pada tema PMC tangkap, foto dan lepas ( C,F&R). Pada hari pertama masa yang diperuntukkan hanyalah 4jam setengah sahaja. Jadi, rata-rata bot peserta hanya tertumpu di sekitar Sungai Kenarong dan peserta wajib kembali ke kem selewat-lewatnya pada 7.30 petang. Keputusan hari pertama agak memberangsangkan walaupun hanya sedikit sahaja ikan direkodkan yang layak dipertandingkan daripada keseluruhan rekod tangkapan kebenyakan bersaiz kurang dari 30cm yang berjaya didaratkan dari kesemua bot peserta.

HARI KE-2 

Seawal 5pagi sudah kedengaran bunyi periuk belanga dari rumah kecil yang telah disediakan sebagai dapur, dan kelihatan tukang masak bersiap sedia menyedikan sarapan buat peserta. Setelah menjamah santapan pagi, para peserta mula berkumpul dijeti dan enjin bot dihidupkan. Perjalanan untuk ke Sungai Tiang yang akan mengambil masa hampir 40minit.


Pada tengah hari para peserta berkumpul di kem Sungai Tiang dan kembali bertarung pada jam 3petang. Sewaktu berkumpul banyak kedengaran cerita antara peserta. Ada yang tali meletup, split ring terbuka, mata terkangkang dan masih ada lagi yang kumpau. Walau bagaimanapun, riak wajah mereka masih lagi bersemangat untuk meneruskan pertarungan.

HARI KE-3 

Hari penentuan untuk peserta mengubah kedudukan mata di papan score board bukanlah hari yang panjang kerana hanya 5jam diperuntukan untuk bertanding. Peluang masa digunakan sebaik mungkin dengan banyak bot meluru ke Sungai Kenarong yang kebanyakannya lubuk toman. Dalam masa setengah jam saja sudah ada peserta bertarung dengan toman dicelahan batang-batang balak yang masih teguh berdiri, kekuatan joran dan tali utama tentulah kekuatan yang kuat sekurang-kurangnya joran 12-25lb dan tali sekurang-kurangnya 30lb sesuai digunakan untuk menduga toman dilubuk ini, apatah lagi bila mendapat toman hitam yang memiliki kekuatan luar biasa.  
 







 


Dari satu tanjung ke satu tanjung yang lain dalam menduga sebarau sehingga tiba disatu suak, kelihatan kelibat sebarau memakan serangga dipermukaan air. Balingan gewang terus mendapat sambaran dari sebarau.


Pertandingan berakhir tepat jam 1 petang. Setelah menjamu selera, mandi dan solat, acara kemuncak iaitu majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dilangsungkan. Hadiah-hadiah adalah sumbangan dari penaja iaitu Senses Fishing, Malaysian Game Fishing Anglers (MGFA) dan Mustad yang berupa rod, gewang dan juga aksesori alatan memancing. Jutaan terima kasih kepada penaja yang sudi menaja event ini.
 

















KEPUTUSAN KESELURUHAN
Kategori Kumpulan
Tempat
Kumpulan
Jumlah (CM)
1
MBI
448
2
MATA KAIL
333
3
MENANTI
267
4
SANGGORO API
228
5
REDHEAD
202

Kategori Individu

Nama Pemenang dan CM

Raja Sebarau
Raja Toman
Raja Spesis Istimewa

NUR FAIDZ AZRI 54CM


BUSRA HASHIM 78CM

MOHD HAIZOR
HARUAN

Best Caster PMC President Cup 2013
Tempat
Nama Peserta
Kumpulan
Jumlah (CM)
1
AZMAN HAMZAH
MATA KAIL
240

 

























Acara berlangsung dengan suasana yang penuh santai dan ceria dan kami mula berkemas untuk meninggalkan Kem Sungai Kenarong sekali gus menamatkan event ini.





Insyaalah jika tiada rintangan kami akan kembali lagi untuk meneruskan kelangsungan PMC President Cup. Semoga ukhwah yang terjaling diantara kami akan tetap utuh dan berkekalan hendaknya.


                        ~PELIHARA KHAZANAH KITA~ 

5 comments:

  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete
  2. KHIDMAT GUIDES UTK PENDAKIAN GUNUNG DI SEKITAR CAMERON HIGHLANDS.
    Kami akan menyediakan juga :
    -Permit dari Jabatan Perhutanan
    -Laporan kebenaran dari Jabatan Polis
    -Kenderaan 4x4 utk ke tempat permulaan pendakian
    -Nature Guides yg berlesen
    -Peralatan kecemasan(asas)
    -Walkie Talkie
    **Hubungi kami di 0104162086
    hiraugunung@gmail.com
    hiraugunung.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. KHIDMAT GUIDES UTK PENDAKIAN GUNUNG DI SEKITAR CAMERON HIGHLANDS.
    Kami akan menyediakan juga :
    -Permit dari Jabatan Perhutanan
    -Laporan kebenaran dari Jabatan Polis
    -Kenderaan 4x4 utk ke tempat permulaan pendakian
    -Nature Guides yg berlesen
    -Peralatan kecemasan(asas)
    -Walkie Talkie
    **Hubungi kami di 0104162086
    hiraugunung@gmail.com
    hiraugunung.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. KHIDMAT GUIDES UTK PENDAKIAN GUNUNG DI SEKITAR CAMERON HIGHLANDS :
    Kami akan menyediakan juga :
    - Permit dari Jabatan Perhutanan
    - Laporan kebenaran dari Jabatan Polis
    - Kenderaan 4x4 utk ke tempat permulaan pendakian
    - Nature Guides yg berlesen
    - Peralatan kecemasan(asas)
    - Walkie Talkie
    **Hubungi kami di
    - Bukit Angin 0104162086
    - bit.ly/IRAUPAKEJ
    - http://bit.ly/CHhotels
    - hiraugunung@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete