PRESIDENT CUP 2013
HARI PERTAMA


Kenarong dimana
tempat yang kami akan menginap selama 3 hari 2 malam. Pemilihan tiga peserta
untuk membentuk satu kumpulan bagi mengisi sesebuah bot dilakukan secara
muafakat dan pengundian bot beserta tekong dijalankan setelah sticker nombor
bot ditampal. Sebanyak 14 buah bot disediakan dan hanya 12 bot digunakan untuk
peserta manakala 2 bot lagi untuk logistik dan guide yang akan menjaga
keselamatan dan makan minum buat peserta.
Kem
Sungai Kenarong yang diuruskan oleh pihak Taman Negeri Royal Belum memiliki
beberapa chalet dan dewan terbuka beserta lengkap dengan segala kemudahan asas
seperti tandas,dapur dan kemudahan elektrik. Kesemua chalet dibuka untuk
kesemua peserta, tetapi ramai yang memilih untuk tidur didewan terbuka bagi
berkumpul beramai-ramai. Setelah menikmati hidangan tengah hari peserta mula bersiap dengan peralatan pancing dan mula berkumpul untuk menunggu pelepasan bagi memulakan pertandingan. Bot peserta mula bergerak dan berpecah ke lubuk-lubuk yang akan dibawa oleh boatman masing-masing.
Tumpuan mengilat menjurus kepada toman kerana hari masih lagi panas dan sebarau hanya akan kembali aktif pada sebelah petang.
Balingan demi balingan terus dibuat untuk menduga suak-suak yang terdapat ditasik ini tetapi hanyalah sebarau dan toman juvenil yang sudi menyambar.
Dalam PMC President Cup saiz ukuran ikan yang layak dipertandingkan telah ditetapkan dimana hanya sebarau berukuran 30cm dan toman 45cm keatas sahaja yang layak dipertandingkan. Ikan akan dilepaskan kembali, hanya foto ukuran ikan akan dijadikan bukti beserta masa tangkapan, ianya tepat pada tema PMC tangkap, foto dan lepas ( C,F&R). Pada hari pertama masa yang diperuntukkan hanyalah 4jam setengah sahaja. Jadi, rata-rata bot peserta hanya tertumpu di sekitar Sungai Kenarong dan peserta wajib kembali ke kem selewat-lewatnya pada 7.30 petang. Keputusan hari pertama agak memberangsangkan walaupun hanya sedikit sahaja ikan direkodkan yang layak dipertandingkan daripada keseluruhan rekod tangkapan kebenyakan bersaiz kurang dari 30cm yang berjaya didaratkan dari kesemua bot peserta.
HARI KE-2
Seawal
5pagi sudah kedengaran bunyi periuk belanga dari rumah kecil yang telah
disediakan sebagai dapur, dan kelihatan tukang masak bersiap sedia menyedikan
sarapan buat peserta. Setelah menjamah santapan pagi, para peserta mula
berkumpul dijeti dan enjin bot dihidupkan. Perjalanan untuk ke Sungai Tiang
yang akan mengambil masa hampir 40minit.
Pada
tengah hari para peserta berkumpul di kem Sungai Tiang dan kembali bertarung
pada jam 3petang. Sewaktu berkumpul banyak kedengaran cerita antara peserta. Ada
yang tali meletup, split ring terbuka, mata terkangkang dan masih ada lagi yang
kumpau. Walau bagaimanapun, riak wajah mereka masih lagi bersemangat untuk
meneruskan pertarungan.HARI KE-3
Hari
penentuan untuk peserta mengubah kedudukan mata di papan score board bukanlah
hari yang panjang kerana hanya 5jam diperuntukan untuk bertanding. Peluang masa
digunakan sebaik mungkin dengan banyak bot meluru ke Sungai Kenarong yang
kebanyakannya lubuk toman. Dalam masa setengah jam saja sudah ada peserta
bertarung dengan toman dicelahan batang-batang balak yang masih teguh berdiri,
kekuatan joran dan tali utama tentulah kekuatan yang kuat sekurang-kurangnya
joran 12-25lb dan tali sekurang-kurangnya 30lb sesuai digunakan untuk menduga
toman dilubuk ini, apatah lagi bila mendapat toman hitam yang memiliki kekuatan
luar biasa.

Pertandingan berakhir tepat jam 1 petang. Setelah menjamu selera, mandi dan solat, acara kemuncak iaitu majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dilangsungkan. Hadiah-hadiah adalah sumbangan dari penaja iaitu Senses Fishing, Malaysian Game Fishing Anglers (MGFA) dan Mustad yang berupa rod, gewang dan juga aksesori alatan memancing. Jutaan terima kasih kepada penaja yang sudi menaja event ini.
KEPUTUSAN KESELURUHAN
Kategori Kumpulan
Tempat
|
Kumpulan
|
Jumlah (CM)
|
1
|
MBI
|
448
|
2
|
MATA KAIL
|
333
|
3
|
MENANTI
|
267
|
4
|
SANGGORO API
|
228
|
5
|
REDHEAD
|
202
|
Kategori Individu
Nama Pemenang dan CM
|
Raja Sebarau
|
Raja Toman
|
Raja
Spesis Istimewa
|
NUR FAIDZ AZRI 54CM
|
BUSRA HASHIM 78CM
|
MOHD HAIZOR
HARUAN
|
Best Caster PMC
President Cup 2013
|




Acara berlangsung dengan suasana yang penuh santai dan ceria dan kami mula berkemas untuk meninggalkan Kem Sungai Kenarong sekali gus menamatkan event ini.
Insyaalah jika tiada rintangan kami akan kembali lagi untuk meneruskan kelangsungan PMC President Cup. Semoga ukhwah yang terjaling diantara kami akan tetap utuh dan berkekalan hendaknya.
~PELIHARA KHAZANAH KITA~









KHIDMAT GUIDES UTK PENDAKIAN GUNUNG DI SEKITAR CAMERON HIGHLANDS.
ReplyDeleteKami akan menyediakan juga :
-Permit dari Jabatan Perhutanan
-Laporan kebenaran dari Jabatan Polis
-Kenderaan 4x4 utk ke tempat permulaan pendakian
-Nature Guides yg berlesen
-Peralatan kecemasan(asas)
-Walkie Talkie
**Hubungi kami di 0104162086
hiraugunung@gmail.com
hiraugunung.blogspot.my